Mencari Cinta Sejati Cinta..
Antara adam dan hawa
Antara kita dengan Pencipta
Cinta itu punya banyak makna
Cinta..
Mudah untuk diungkap
Tapi sukar untuk melaksanakannya
Cinta..
Perlukan kejujuran
Bukan pembohongan
Cinta..
Perlu dengan jiwa
Bukan dengan kata semata
Cinta itu..
Biarlah sehidup semati
Susah dan senang diharungi
Bukan untuk saling menyakiti
Niatkanlah di hati..
"Aku ingin mencari cinta sejati, seperti mana aku mencintaiMu"
"Aku ingin seorang pelindung diriku, sebagaimana Kau sentiasa mengawasiku"
"Aku perlu teman pengubat sepi,yang halal buat diriku..untuk mencari keredhaan Mu"
Tuhan..berikanlah aku cinta sejati
Kekal abadi..
*khas buat teman-teman tersayang,yang pernah mengusik hati kecilku ini..bukan aku tidak mahu mengecap kebahagiaan. tetapi aku takut,andai aku tidak mampu memberi kebahagiaan. berdoalah semoga kita semua mendapat jodoh yang baik..Amin..