

Cerita ini adalah sebuah cerita romantik yang dilakonkan oleh dua watak utama iaitu Shane West dan Mandy Moore. Shane West yang dikenali sebagai Landon Rollins Carter dan Mandy Moore sebagai Jamie Elizabeth Sullivan dalam cerita ini memiliki dua ciri personaliti yang berbeza. Landon adalah seorang lelaki yang agak nakal dan mengejar populariti manakala Jamie seorang yang pendiam, weird, kuat agama (bapanya adalah seorang church’s pastor) dan selalu sahaja diejek kerana cara pemakaian akan sweater yang selalu dipakainya. Namun kedua-kedua mereka mempunyai persamaan dimana kedua-dua kenal sesama sendiri sejak kecil lagi cuma dalam kes ini, mereka tidak pernah tegur menegur.
Keadaan berubah apabila Landon ditangkap kerana menceroboh kawasan larangan kilang dan mencederakan seorang rakan kenalannya. Dia dihukum oleh pihak sekolah untuk melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan (membantu kanak-kanak kurang upaya, menolong janitor sekolah dan menyertai kumpulan drama) sekolah yang bertujuan untuk expose dirinya dengan orang-orang yang lebih baik dan kurangkan pergaulan dengan kawan-kawan nakalnya.
Dari situasi itu, dia mula rapat dengan Jamie. Bermula dengan meminta bantuan daripada Jamie untuk membantunya berlatih menghafal skrip, dia mula mendekati dan mengenali Jamie yang selama ini dia tidak pernah tegur. Hanya tahu mengejek Jamie sahaja sebelum ini.
Disebabkan Landon ini mempunyai ego yang tinggi (mengejar populariti dan malu untuk diketahui rakan-rakanya yang dia ada kaitan dengan Jamie), bermulalah konflik cerita ini. Lama-kelamaan sifat egonya berubah apabila sudah selalu bersama Jamie. Landon mula jatuh hati dan secara tidak langsung segala persepsi Landon terhadap Jamie selama ini meleset.
Dia mengenali Jamie sebagai seorang yang sweet dan lemah lembut. Walaupun Jamie ini dilihat sebagai seorang yang timid di dalam sekolah, tetapi satu sifat aku puji Jamie. Dalam apa-apa keadaan, dia bijak untuk menjawab balik. Haha, kelakar tapi itulah Jamie. Salah satu kata-katanya kepada kawan Landon adalah, “God is too busy to look for your brain“. Kata-kata ini agak sinis sedikit.
Dari seorang yang nakal, Landon mula berubah diri. Even kawan-kawan dia notice akan perubahannya. Dia berhadapan dengan konflik apabila dia cuba untuk melindungi Jamie dari kutukan-kutukan rakan sekolahnya. This attitude is every girl’s dream guy. One that can protect her. Di situ, dia mula menjauhkan diri dengan kawan-kawan dan memulakan babak-babak romance dengan Jamie.
Mereka bahagia besama dan sampai satu tahap Jamie mengatakan dia sakit. Jamie menghidap cancer dan sudah 2 tahun berhenti mengambil her medication. Dia tidak akan hidup lama dan ini membuatkan Landon sedih.
Landon tidak berputus asa. Sayangnya terhadap Jamie terlalu dalam sehinggakan dia sanggup untuk melakukan sagala-galanya untuk membahagiakan Jamie. Dia tunaikan segala wishlist (senarai yang ingin dilakukan dalam hayatnya) Jamie. Ending point yang paling bahagia adalah apabila Landon sendiri mengahwini Jamie (her no. 1 wish). They lived as hapily as they could.
Walaupun setelah kematian Jamie, Landon tetap bersyukur. Tanpa Jamie dia mungkin akan berubah dan mungkin akan masih menjadi budak-budak nakal yang tanpa haluan. Dia kini sudah memasuki medical college dan saat pengakhiran cerita ini dia masih sayang akan Jamie. Jamie lah yang banyak mengajarnya dalam kehidupan. Ada kesedihan dalam raut wajah Landon. Alangkah bahagianya dia jika Jamie masih wujud.
Jamie: You know what I figured out today? Landon: What? Jamie: Maybe God has a bigger plan for me than I had for myself. Like this journey never ends. Like you were send to me because I’m sick. To help me all through this. You’re my angel.

